Monday, December 7, 2009

Jabatan sudah perjelas ceramah perlu tauliah


KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi enggan melayan gesaan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mahu pihaknya memperjelaskan secara terperinci bentuk ceramah agama yang memerlukan tauliah di Selangor.

Beliau berkata, banyak penjelasan diberikan pihaknya sebelum ini berhubung perkara itu termasuk garis panduan yang disiarkan media.

"Kita ada garis panduan, apa yang boleh dan tidak boleh disampaikan...kita banyak kali terangkan.

"Saya tidak mahu komen (desakan Mohd Asri). Kalau saya cakap banyak kali pun, dia tidak akan faham," katanya kepada Berita Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Dr Mohd Asri kelmarin yang mahu Jais memperjelaskan secara terperinci bentuk ceramah agama yang memerlukan tauliah di Selangor.

Gesaan itu dibuat Mohd Asri berikutan tindakan Jais mempersoalkan kelayakan segelintir penceramah dalam menyampaikan kuliah di negeri itu, termasuk beliau sendiri dan yang terbaru membabitkan bekas penyanyi rock dan penceramah, Akhil Hayy, sekali gus mengundang persoalan.

P/S :- Macam mana cerita ni?Saya pun tak paham!!!!!!!!

No comments: