Thursday, November 26, 2009

Pertimbang Kelab 1Malaysia

KUALA LUMPUR: Cadangan mewujudkan Kelab 1Malaysia di sekolah bagi membolehkan generasi muda menghayati gagasan itu akan dipertimbangkan kerajaan, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Katanya, kementerian sudah menganjurkan perkhemahan 1Malaysia dan akan melaksanakan asrama 1Malaysia seperti yang dicadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol) di Parlimen supaya menubuhkan Kelab 1Malaysia di mana ia boleh dimanfaatkan dalam waktu kokurikulum dan dapat memberi penghayatan mengenai perlembagaan, rukun negara dan hak asasi.


P/S:-Sekali camping 1 Malaysia,beberapa org dah mati.Nak buat kelab pulak?Setakat nak menghayati perlembagaan,rukun negara dan hak asasi tu,subjek sivik kan dah ada?Ubah je sukatan sikit.Tak ada banyak sangat pakai duit masa gawat ni.Barulah bijak.Ini nak bagi sapa pulak projek ni?Takut esok2 jadi macam PPSMI pulak!

No comments: