Wednesday, November 4, 2009

ROS isytihar tiada kekosongan jawatan No.2 MCA

PUTRAJAYA 3 Nov. - Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini mengesahkan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek masih Timbalan Presiden MCA. Pendaftarnya, Datuk Md. Alias Kalil berkata, tidak berlaku kekosongan bagi jawatan tersebut.

Katanya, ini kerana, keputusan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA pada 10 Oktober lalu tidak memenuhi keperluan dua pertiga majoriti supaya beliau dilucutkan jawatan seperti yang diperuntukkan.

Beliau berkata, surat mengesahkan kedudukan Soi Lek itu dihantar kepada MCA hari ini.

''Bagaimanapun terpulang kepada MCA untuk menerima pandangan ROS, ini kerana ROS hanya boleh beri pendapat sahaja.

''Sama ada MCA ingin mengadakan EGM yang baru atau tidak, itu bukan bidang kuasa ROS," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Soi Lek petang ini mengesahkan telah menerima surat daripada ROS berhubung kedudukannya sebagai Timbalan Presiden MCA yang sah.

P/S :- Kalau ikut ramalan nujum belah Jerantut ni,kes ni takkan selesai dalam masa terdekat.Tapi tak tau lah PM ngan Presiden MCA macamana ceritanya.Diaorang boleh buat cerita macam2.Mmg orang dah biasa kena tipu atas darat je dgn dema ni!

No comments: