Tuesday, November 3, 2009

Pemimpin, ahli MCA perlu serius teguran PM

KUALA LUMPUR 2 Nov. - Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong meminta pemimpin dan ahli-ahli parti itu memandang serius teguran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya parti komponen yang mempunyai masalah segera menyelesaikannya.

Ka Siong berkata, MCA perlu segera menyelesaikan krisis dalaman kerana sudah kesuntukan masa memandangkan pilihan raya umum akan berlangsung tidak lama lagi.

Beliau berkata, meskipun Perdana Menteri tidak menyebut parti mana yang bermasalah tetapi semua orang tahu bahawa dimaksudkan itu adalah MCA.

"Saya percaya semua orang setuju dengan kenyataan Perdana Menteri walaupun beliau tidak menyebut nama parti tetapi faham-faham sahajalah yang dimaksudkan adalah MCA.

"Jadi saya harap pemimpin dan ahli-ahli parti yang lain memandang serius kenyataan ini dengan bertindak segera menyelesaikan masalah yang berlaku," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chan Ko Youn berkata, teguran Perdana Menteri itu berniat baik kerana beliau sedar kekuatan BN bergantung kepada parti komponen.

"Masalah dalaman tidak kira melibatkan parti Gerakan, UMNO, MCA atau MIC harus segera diselesaikan kerana ia menjejaskan perpaduan dalam BN,'' katanya.


P/S :- Banyak rupanya parti bermasalah dalam BN ni.Saja tak diperbesarkan oleh media aje rupanya.Itulah,jgn sibuk jaga tepi kain org.Ini kira Paku dulang paku serpih la ni!

No comments: