Monday, November 16, 2009

PERISTIWA FATHUL MAKKAH BERLAKU DI MALAYSIA ?


YAB Tuanguru Dato' Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menyebut dalam kuliah pagi jumaat di Kota Bharu "Kalau di zaman Nabi dahulu baginda pernah dihalang oleh orang Quraisy daripada memasuki Kota Mekah, maka kini saya dihalang daripada niat untuk mengerjakan haji di tanah suci itu oleh Qurasy Malaysia."

Begitulah Sunnatullah...yang pernah disebut oleh Nabi SAW "ألا إنّ ريح الإسلام دائرة " Ketahuilah bahawa roda kisaran islam itu sentiasa berpusing.Gerakan islam yang dibawa oleh Nabi SAW diantaranya dihalang dari memasuki Kota Makkah dan roda itu berpusing dizaman ini dengan menyekat Tokguru sebagai ketua gerakan islam memasuki Kota Makkah.

Bertenanglah seluruh ahli gerakan islam, teruskan kerja kita masing-masing. Kalau di zaman Nabi SAW selepas dari peristiwa menghalang Nabi SAW dari memasuki Kota Makkah ialah peristiwa Fathul Makkah (kemenangan islam dengan pembukaan Kota Makkah) maka Insyaallah peristiwa Fathul Makkah akan berulang di Negara kita.

No comments: