Wednesday, November 18, 2009

SPR kemuka rayuan Jumaat

KUCHING 17 Nov. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jumaat ini supaya penguatkuasaan keputusan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah oleh mahkamah itu semalam, ditangguhkan.

Ia bagi membolehkan SPR membuat rayuan sehingga ke peringkat mahkamah yang paling tinggi.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya mahu meneruskan rayuan terhadap keputusan berkenaan menerusi proses undang-undang sehingga ke peringkat terakhir termasuk di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

P/S:-Setahu saya,SPR ni kerjanya menjalankan urusan pilihanraya apabila berlaku kekosongan kerusi.Itu mengikut tugas2 yang telah diperincikan dalam perlembagaan.Tapi kenapa sampai SPR pulak nak buat rayuan tentang keputusan MAHKAMAH dalam hal Kota Siputeh ni?Tak nak buat kerja ke?Ke tak dapat bonus?Atau ada benda lain kut?

No comments: