Friday, October 2, 2009

Tak sedar lagi!!!!!!!!!!!!!!!!

Akhbar perlu lakukan penjenamaan semula

KUALA LUMPUR: Akhbar perlu berkembang dan melakukan penjenamaan semula bersesuaian dengan perubahan kehendak pembaca untuk memastikan kesinambungan kelangsungan penerbitan itu dalam pasaran.

Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Zainul Arifin Mohammed Isa, berkata langkah itu penting berikutan kemunculan pelbagai media baru melalui internet dan secara digital yang mempengaruhi corak perolehan berita dalam kalangan orang ramai.

Malah, beliau berkata, kajian mendapati ramai pembaca berhenti mendapatkan maklumat daripada akhbar apabila mereka mula mengikuti pengajian di kolej sekitar umur 17 atau 18 tahun, dan hanya kembali melanggani penerbitan itu apabila sudah berkeluarga kira-kira 10 tahun kemudian.


P/S :-Heeemmmm.Tak paham-paham lagi rupanya.Yang penting berita kenalah sesuai dan tidak menyokong mana-mana pihak.Ini duk sokong belah sana saja,orang nak baca pun naik menyampah.Cuba ubah dengan berita yang membina minda sikit,insyaallah ada perubahan.Macam mana?

No comments: