Friday, October 2, 2009

Salah siapa?

PDRM kekurangan tenaga penyiasat

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengalami kekurangan pegawai penyiasat yang serius di seluruh negara, sekali gus menimbulkan bebanan tugas terhadap pegawai sedia ada dalam perkhidmatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata keadaan itu menyebabkan ada pegawai penyiasat terpaksa mengendalikan purata 20 kertas siasatan sehari, lebih-lebih lagi berlaku peningkatan kes jenayah sejak kebelakangan ini.

“Kita menyasarkan seorang pegawai untuk 10 kertas siasatan. Itu nisbah yang paling ideal dalam memantapkan operasi JSJ, selain meningkatkan keberkesanan proses penyiasatan dan kadar penyelesaian kes jenayah.

“Bagaimanapun, sasaran itu masih belum dapat dicapai dengan seorang pegawai terpaksa mengendalikan 20 kes sehari. Kita sepatutnya dapat pertambahan tetapi masih belum dapat dilaksanakan atas pelbagai faktor, termasuk ekonomi,” katanya kepada pemberita semalam.

P/S :- Maaf la kalau saya kata ni.Polis duk sibuk jaga ceramah PR,sebab tu kurang cekap buat kerja lain.Lepas tu pulak kalau jaga PRK mana2 mesti kekuatan ahli kat situ tak masuk akal.Macam lah kat PRK tu ada perang mcm kat Vietnam dulu.Polis digunakan oleh pemerintah utk jaga kepentingan mereka.Sapa yang SALAH dalam hal ni?Baik buat kerja asas dia dulu dari sibuk jaga benda lain!!!

No comments: