Friday, October 2, 2009

Jenazah Noordin selamat dikebumikan

PONTIAN 2 Okt. – Jenazah Noordin Mat Top selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu, Pontian Besar Kiri di sini pada kira-kira pukul 7 malam ini.

Sebelum itu, jenazahnya yang dibawa menggunakan van jenazah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dari Lapangan Terbangsa Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disembahyangkan di Masjid Jamek Nurul Iman Kampung Melayu yang terletak kira-kira 500 meter dari tanah perkuburan berkenaan sebaik tiba pukul 6 petang.

Kira-kira 300 orang termasuk ahli keluarga dan wakil media menyaksikan upacara pengkebumian Noordin.

Seramai 50 anggota polis turut dikerah mengawal keadaan di tanah perkuburan berkenaan semasa pengkebumian itu berlangsung.

- Utusan

P/S :- Saya tak tahu tentang pandangan berbeza orang pada Nordin ni.Tapi saya ada pendapat sendiri.Seseorang 'PENGGANAS' pada mata sesuatu komuniti mungkin 'WIRA' pada mata komuniti yang lain.Mungkin bukan saya aje yang kata mcm tu,ada lagi org lain pendapat serupa agaknya. Contoh di Memali dulu ramai yang silap pandang.Kalau kita mati mempertahankan hak kita,adakah itu dipanggil 'PENGGANAS'?

No comments: