Thursday, October 1, 2009

Parti dalam BN!

MCA bidas bookie pertaruhan haram EGM parti

KUALA LUMPUR 30 Sept. — Setiausaha Agung MCA, Datuk Wong Foon Meng hari ini membidas bookie haram kerana memulakan pertaruhan siapa di antara Presiden parti, Datuk Seri Ong Tee Keat atau Timbalan Presiden yang dipecat, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang akan muncul pemenang Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) parti 10 Okt. ini.

Beliau mengecam aktiviti bookie atau sindiket perjudian haram itu sebagai“amat tidak bertanggungjawab.”

“Saya percaya perwakilan pusat parti tidak akan membabitkan diri dalam aktiviti seperti itu yang akan menjejaskan keputusan pemilihan parti pada EGM berkenaan,” kata Wong dalam satu kenyataan. - Bernama


P/S:-Heeeemmm....Kalau dah nama duk dalam BN tu memang selalunya perangai buruk.UMNO mcm tu,MIC mcm tu,MCA pun serupa rupanya.Memang mereka ni sepakat dalam melakukan perkara-perkara tak bermaruah dan tak bermoral ni.Apa,tak nampak lagi ke?Kalau ini biasa,politik wang macam mana agaknya?

No comments: