Saturday, October 3, 2009

Berita ni patut dah lama keluar!!!!

14 NGO selar SIS, JAG

KUANTAN - Sebanyak 14 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di Pahang semalam menyelar Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG) dan Sisters In Islam (SIS) berhubung kenyataan dua badan itu yang menganggap hukuman ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor sebagai kejam.

Timbalan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abdul Manan berkata, kenyataan yang dikeluarkan SIS melalui Pengarah Eksekutifnya, Dr Hamidah Merican bukan sahaja menghina keputusan Mahkamah Syariah malah secara terang menghina hukum Islam.

Menurutnya, kenyataan biadab itu juga seolah-olah menghina Sultan Pahang apabila Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1988) di bawah bidang kuasa mahkamah itu diperkenankan baginda.

“Kami mendesak agar kerajaan bertindak tegas terhadap pihak yang mencabar kedudukan agama Islam dan perundangan syariah yang dijamin kedudukannya dalam perlembagaan negara.

“Penganut agama lain juga diingatkan supaya tidak mencampuri urusan membabitkan penganut Islam manakala pihak yang berkepentingan diminta tidak membuat kenyataan provokatif berhubung hukuman sebat ke atas model terbabit yang diputuskan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, kerana kesalahan minum arak,” katanya.

Baru-baru ini, JAG dan SIS dalam laporan akhbar ini menyifatkan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi sebagai kejam, mencabuli hak manusia antarabangsa dan menjatuhkan maruah seseorang.

P/S :- Seingat saya PAS dah lama tegur pasal SIS ni.Tapi entah atas sebab apa,mereka dibiarkan terus hidup dan subur di Malaysia.Kata orang dibelakang mereka ni ada anak2 dan org besar yang terlibat secara aktif.Sapala agak-agaknya? Ni dah kira menentang Sultan Pahang ni.Tak ada orang nak bangkit pertahan ke?

No comments: