Sunday, October 4, 2009

Cerita Jerantut dalam akhbar!

1.Sultan dukacita rakyat di Hulu Tembeling terabai

KUANTAN -Sultan Pahang melahirkan rasa dukacita kerana masih ada rakyat di negeri ini terutama di Hulu Tembeling belum menikmati kemudahan sempurna.

Sultan Ahmad Shah bertitah,Kerajaan Negeri perlu bertindak segera supaya tidak ada rakyat negeri ini terpinggir dan terabai.

"Dalam kegembiraan,beta masih dukacita kerana masih ada rakyat terutama di Hulu Tembeling yang meliputi Kampung Pagi,Kampung Kuala Sat,Kampung Bantal, Kampung Mat Daling, dan Kampung Gusai belum berpeluang menikmati kemudahan jalan raya sempurna.

(petikan dari Sinar Harian Edisi Pahang,Ahad 4 Oktober 09)


interaktif @ SINAR

2.TAMAN Negara yang terletak di KualaTahan sangat masyhur di seluruh dunia.Tetapi pembangunan di kawasan ini sangat lembab.Jangan salahkan rakyat kalau kalau kawasan TAHAN dikuasai pembangkang.Ketika kawasan itu dikuasai pembangkang,pembangunannya amat memberangsangkan. -SANG KELEMBAI SUNGAI TAHAN


P/S 1.Hah....tak tahu.....Sultan Ahmad Shah dah marah ni.Kenapa ni?ADUN dan Kerajaan Negeri tak buat kerja ke?Janji macam-macam,tapi tak settle lagi ni!Derhaka pada Raja la ni!Ambik tindakan pada mereka yang terlibat ni,ambik tindakan!Patik dibelakang Tuanku!

2.Ini pulak apa hal?Saya biasa pergi juga ke Kuala Tahan tu.Memang ada benarnya cakap SANG KELEMBAI ni.Tahniah Sang Kelembai!!!!!!Anda memang rakyat yang perihatin!Kata kat negeri lain tak buat kerja,Jerantut di PAHANG ni pun sama juga!!!!!!!

No comments: