Sunday, September 6, 2009

Sebuah lagi Parti dalam BN!

SPRM pantau kempen calon, proses pemilihan MIC


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memantau perjalanan kempen calon serta proses pemilihan parti MIC yang akan diadakan pada 12 dan 13 September ini bagi mengelakkan sebarang amalan rasuah politik.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini, berkata tindakan itu diambil berikutan laporan muka depan akhbar Malaysian, Nanban, hari ini yang bertajuk "RM300 untuk perwakilan MIC di Melaka" menyatakan perwakilan MIC negeri itu diberikan wang tersebut berserta cakera padat oleh calon yang bertanding untuk mengundinya pada pemilihan parti itu.

"SPRM memandang serius perkara ini dan sudah mengarahkan SPRM Melaka menjalankan siasatan awal ke atas maklumat tersebut," katanya.


Suruhanjaya itu juga meminta mana-mana perwakilan yang ditawarkan wang sogokan untuk mengundi calon terbabit tampil ke hadapan untuk membuat laporan kepada SPRM supaya tindakan lanjut dapat diambil.

"Sebarang tawaran dan penerimaan wang rasuah untuk mengundi seseorang calon adalah salah di bawah peruntukan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009," katanya. - Bernama



P/S:- Ini satu lagi contoh cara perjalanan parti dalam gagasan Barisan Nasional.Nampak tidak ada satu pun pengurangan dalam hal-hal politik kotor dan tidak bermaruah ni.Macam bekas Presiden MCA pernah kata,"Apabila KEPALA ikan dah busuk,seluruh ikan akan busuk".Ingat lagi tak?Bukan nak tuduh,tapi parti mana kepala BN ni?Fikir-fikir kan lah.

No comments: