Monday, September 7, 2009

Panasssssssss!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

ADUN BN ugut letak jawatan

GEORGETOWN - Satu lagi pilihan raya kecil mungkin berlaku di Pulau Pinang dalam tempoh terdekat jika beberapa isu yang dianggap remeh tidak ditangani segera oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN).

Kali ini akan membabitkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada UMNO yang mewakili BN kerana kecewa dan tidak berpuas hati dengan layanan diterima yang dianggap tidak adil dan terasa dipinggirkan.

Ketika ditemui Sinar Harian, ADUN itu melahirkan rasa kecewa kerana tidak mendapat kerjasama dan sokongan daripada pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan di Pulau Pinang termasuk dari segi menyalurkan bantuan tertentu untuk faedah rakyat di kawasannya.

Beliau berkata, keadaan itu mungkin berlaku disebabkan pengaruh atau tekanan pihak tertentu untuk meminggirkannya daripada arus politik UMNO di peringkat bahagian akibat kurang persefahaman dan perbezaan pendapat atau pendirian.

“Mereka kini seolah-olah dilihat mencampuri urusan politik dan menyebelahi pihak tertentu dalam pergolakan yang berlaku,” katanya.

“Jika masih tiada perubahan, saya akan meletak jawatan selepas Hari Raya Aidilfitri ini agar diganti dengan wakil rakyat baru yang lebih sealiran dengan pihak tertentu,” katanya.

P/S :-Hah,apahal pulak ni?Dah terbukti BN tak dapat berlaku adil pada rakyat.Jadi apa tunggu lagi.Buktikan anda adalah insan yang bermaruah,tinggalkan mereka.Takkan sanggup makan duit tapi tak buat kerja?Tapi kalau sanggup pun,apa nak pelik.BN lah katakan.Amacam?

No comments: