Saturday, September 5, 2009

Macam pernah dengar jee!!!!!!!

Tee Keat arah siasat politik wang dalam MCA

KUANTAN 5 Sept. – Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini mengarahkan Lembaga Disiplin parti itu menyiasat dakwaan kemungkinan wujud sogokan dalam proses mengutip tandatangan sokongan untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti baru-baru ini.

Tegas Tee Keat, pihaknya tidak berkompromi sama sekali jika gejala politik wang itu benar-benar wujud dalam proses mengutip tanda tangan yang dilakukan kumpulan yang menyokong bekas Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang dipecat baru-baru ini. – Utusan

P/S:-Ehem...ehem....Ada perkara yang biasa berlaku ni.Macam pernah aku dengar berita ini.Tapi PARTI mana ya??????

No comments: