Wednesday, September 30, 2009

Cerita kurang sensasi!

Selangor rampas tanah tapak pelupusan sampah

SHAH ALAM 30 Sept. — Kerajaan Selangor memutuskan untuk mengambil alih tanah yang dijadikan tapak haram untuk pelupusan sampah di Kampung Sungai Kertas, Ulu Yam, di mana kejadian tanah runtuh memusnahkan dua kawasan ternakan lembu 23 Sept. lepas.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, hari ini beliau telahpun mengarahkan Pegawai Daerah Gombak untuk mengeluarkan notis pengambilalihan kawasan seluas lapan hektar itu daripada empat pemilik terlibat, mengikut Seksyen 130 Kanun Tanah Negara.

“Setelah pengambilalihan itu selesai, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) diarah memantau dan membersihkan kawasan itu. MPS dinasihat mendapatkan khidmat pakar Worldwide Holdings Sdn. Bhd. bagi pemulihan kawasan itu,” kata Khalid kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco negeri di sini hari ini. - Bernama


P/S :- Tahniah untuk kerajaan negeri Selangor dibawah PR.Orang duk sibuk cerita pasal selisih paham je.Bab buat kerja ni media tak berapa peduli pun.Dasar Media Malaysia, menutup mata yang celik!

No comments: