Monday, September 14, 2009

Subramaniam dakwa politik wang punca kekalahan


KUALA LUMPUR: Datuk S Subramaniam, ketika menerima kekalahannya dalam percubaan merebut kembali jawatan Timbalan Presiden MIC, mendakwa politik wang sebagai penyebab utama kekalahannya.

Beliau berkata wang diedarkan secara terbuka kepada perwakilan dengan minimum RM300 kepada setiap wakil.

“Saya terima kekalahan. Ia amat mengecewakan. Saya tidak jangka kekalahan ini,” katanya kepada media, semalam.

Mengenai kemungkinan beliau akan menyertai parti lain atau membentuk parti baru atau apakah langkah beliau seterusnya, Subramaniam yang lama berkhidmat sebagai Timbalan Presiden MIC berkata: “Saya perlukan masa untuk memikirkan perkara itu (langkah seterusnya).”

Mengulas kemungkinan tindakan disiplin terhadapnya oleh kerana beliau sudah dirujuk kepada Lembaga Disiplin parti kerana membuat kenyataan mengenai pemilihan parti 1977, Subramaniam berkata beliau tidak kisah perkara itu.

“Saya tahu apa nak buat,” katanya.

Sementara itu, ramai penyokong Subramaniam dilihat menangis. Mereka melepaskan rasa marah dengan melaungkan politik wang punca kekalahan itu dan menggesa beliau menyertai parti lain.

- Bernama


P/S:- Kalau dah nama BN tu,BN jugak lah.UMNO dah satu cerita,MCA pun cerita sama,MIC lagi,PPP pun gaduh juga.Ini ke persepaduan dalam BN?Kalau setakat cakap,orang tak sekolah pun tahu.Ini sembang lebih,tapi habuk pun tarak!Nak percaya lagi?Fikirlah masak-masak!

No comments: