Sunday, September 13, 2009

Wahai 1 Malaysia!Kenali Kapal Selam Anda!

Kita kini berbangga dengan adanya KD Tunku Abdul Rahman iaitu kapal selam pertama negara kita yang tercinta.Kapal yang telah sampai pada 3 Sept yang lepas juga menjadi satu bukti bahawa kita kini setanding dengan negara-negara lain.Betul tak?Apa pendapat anda?

Spesifikasi Scorpene:-

Kapal selam kelas Scorpène merupakan satu kelas kapal selam penyerang berkuasa diesel-elektrik . Ia memperlihatkan pendorongan diesel dan satu tambahan pendorongan bebas udara atau "air-independent propulsion" (AIP), yang telah dibangunkan bersama oleh syarikat Perancis DCNS, sebelum itu dikenali sebagai DCN, dan syarikat Sepanyol, Navantia (Dulu dikenali sebagai Bazan, kemudian Izar).

Diambil dari WIKIPEDIA.


P/S:- Ada member yang kata kapal selam ni mesti kuat dan bertenaga naik bukit,sebab dia pakai enjin diesel.Boleh bersaing ke dengan kapal selam kuasa nuklear?Itu saya tak tahu.Tapi saya cukup bangga dan berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana membeli Scorpene ni.Bukan apa,diesel kan murah lagi.Lepas tu pulak road-tax diesel kan dah kurang.Boleh jimat lagi.Hehehehehehe

No comments: