Monday, September 14, 2009

Cerita pasal kesepakatan Barisan Nasional!

Tindakan perwakilan MIC biadap dan melampau

KUALA LUMPUR 14 Sept. — Tindakan perwakilan MIC mengkritik Tun Dr. Mahathir Mohamad, termasuk cadangan mengalungkan gambar bekas perdana menteri itu dengan kalungan selipar dibidas oleh pemimpin UMNO yang menganggap ia sebagai melampau dan biadap.
Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata tindak-tanduk seumpama itu bukan budaya Barisan Nasional (BN) dan MIC perlu bertanggungjawab untuk mengambil tindakan.

“Tindakan perlu dikenakan oleh BN jika pimpinan MIC membiarkan perkara itu berlalu begitu sahaja. Ia mesti diambil demi menjaga kerukunan dalam BN,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beberapa akhbar hari ini melaporkan bahawa Dr. Mahathir telah dikritik para perwakilan MIC pada perhimpunan itu kerana dikatakan mencampuri urusan dalaman MIC serta menjatuhkan maruah presiden parti itu Datuk Seri S.Samy Vellu.
Di ALOR SETAR, UMNO Kedah turut melahirkan kekesalan dengan sikap perwakilan MIC dan menganggap tindakan itu tidak wajar dan tidak patut dicadangkan oleh anggota parti komponen BN.

Di MELAKA, veteran UMNO Tan Sri Abdul Aziz Tapa berkata kecaman yang begitu teruk oleh perwakilan MIC terhadap Dr. Mahathir pada perhimpunan Agung parti itu di Kuala Lumpur semalam tidak pernah berlaku sebelum ini.

Abdul Aziz berkata sebagai anggota parti dalam BN, perwakilan MIC terbabit tidak sepatutnya mencadangkan usul berkenaan terhadap Dr Mahathir yang juga merupakan bekas pengerusi BN.

Beliau berkata Samy Vellu wajar menemui dan meminta maaf daripada Dr Mahathir berikutan insiden itu.
— BERNAMA


P/S:- EEmmmm.....Apa yang berlaku ni?Baca dan nilaikan.Nampak sangat parti-parti dalam BN tengah berkecamuk.Kalau dah terlampau lama pegang tampuk atas tu,memang mudah naik tocang.Tapi memang tak boleh nak kata apa lah.Sekarang dah jelas,sapa yang tengah krisis.Yang pasti bukan parti dalam PR.Orang tua marah pada orang tua sorang lagi.Dua-dua perangai memang buruk.Jadi jangan heran pulak!!!!!!!

No comments: