Saturday, September 12, 2009

Keluarga dan sahabat-handai........

Palanivel kekal jawatan Timbalan Presiden MIC

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Penyandang, Datuk G. Palanivel mengekalkan jawatan Timbalan Presiden MIC dengan menewaskan bekas Timbalan Presiden Datuk S. Subramaniam dan bekas Naib Presiden, Datuk S. Sothinathan pada pemilihan MIC di sini hari ini.

Bagi tiga jawatan Naib Presiden, orang-orang kuat Presiden parti, Datuk Seri S. Samy Vellu iaitu Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S.K. Devamany dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan dipilih menduduki jawatan itu.

— BERNAMA

P/S :-Ha....seperti yang dijangkakan dan dirancangkan.Macam mana KEPALA IKAN,macam tu lah BADAN IKAN.Dalam BN ni yang paling penting adalah berada bersama dengan KEPALA IKAN tu walaupun DAH BUSUK.Baik tak yah buat pemilihan,terus bagi je kat individu terpilih. Boleh? Sebagaimana teruknya retak MRR2 yang tak boleh diselamatkan,begitulah keadaan dalam BN hari ni.Tunggulah kehancuran dan kebinasaan mereka-mereka ini!!!!!

No comments: