Saturday, September 12, 2009

Negeri mana ni?Parti mana memerintah?

Separuh tapak projek pertanian moden Kluang gagal

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Kerajaan sedang mengkaji semula kedudukan 29 syarikat yang terlibat dalam projek Pertanian Moden Kluang di Ayer Itam, Johor selepas separuh daripada syarikat itu gagal menunjukkan prestasi yang diharapkan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar berkata, langkah itu perlu dilakukan kerana beliau tidak mahu ia menjejaskan pelan jangka panjang kerajaan dalam menjamin keperluan makanan negara.

“Saya sedang mengkaji perkembangan yang berlaku termasuk menarik balik penglibatan mereka (syarikat) dalam projek ini dan diberikan kepada orang lain jika mereka tidak menunjukkan prestasi yang baik tahun depan,” katanya pada majlis dialog dan ramah mesra Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bersama Persekutuan Persatuan-Persatuan Keturunan Lim Malaysia di sini, hari ini.

- BERNAMA

P/S :-Kita kadang-kadang kena dengar cakap orang tua-tua.Jangan suka benar ngata orang.Orang ni lemah la,kerajaan negeri ni tak pandai perintah la.Cuba tengok cerita ni.Kerajaan pusat dan kerajaan negeri Johor yang tak pernah diperintah oleh parti lain selain BN.Tapi lemah juga,gagal juga.Apa cerita?

No comments: