Sunday, September 13, 2009

Sama macam yang lain...

Sistem kuota dihapus

Menurutnya, langkah itu bagi membanteras kegiatan politik wang selain menjadikan proses pemilihan lebih telus untuk menunjukkan UMNO benar-benar sebuah parti yang melibatkan seberapa ramai golongan dalam proses pemilihan pemimpinnya.

‘‘Asasnya mestilah lebih dilihat demokrasi dalam proses pemilihan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini hari ini.

Menurut Najib, pada dasarnya mesyuarat itu bersetuju supaya perubahan dalam sistem pemilihan UMNO perlu dilakukan.

Beliau bagaimanapun memberitahu, jumlah perwakilan yang akan dibenarkan membuat pemilihan semasa perhimpunan agung belum lagi diputuskan.

Najib berkata, beliau mahu lebih ramai perwakilan diberi hak dan kuasa untuk memilih pemimpin supaya UMNO dilihat lebih demokrasi dalam melaksanakan proses berkenaan.

Mengenai penghapusan sistem kuota beliau memberitahu, MT berpendapat sistem itu tidak diperlukan, sebaliknya akan mewujudkan kriteria tertentu untuk jawatan-jawatan tertinggi yang akan dipertandingkan.

Mengikut sistem kuota, kelayakan untuk bertanding jawatan Presiden perlu mendapat pencalonan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada 191 bahagian UMNO, Timbalan Presiden (20 peratus), Naib Presiden (10 peratus) dan ahli MT (lima peratus).


P/S:- Cuba kita perhatikan cara parti-parti dalam BN.Mesti ada nak elak POLITIK WANG.Cakap la rasuah,kan senang.Untuk lebih telus katanya.Dah berapa tahun wujud,baru sedar ke?Perwakilan akan diberi hak.Sebelum ni apa guna perwakilan Perhimpunan Agung UMNO pegi bersidang tu?Mana pergi hak mereka selama ni?Semua kabur sebab POLITIK WANG.Entahlah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

No comments: