Wednesday, September 2, 2009

Dengan kartun pun nak bergaduh!

Majalah Gedung Kartun tiada permit penerbitan

KUALA LUMPUR 2 Sept. — Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menyangkal dakwaan Ketua Pengarang Gedung Kartun, Zulkiflee Anwar Ulhaque atau kartunis Zunar bahawa majalah itu memiliki permit penerbitan yang sah.

“Kesemua kenyataan Zunar tidak berasas sama sekali, kerana ’dummy’ Gedung Kartun yang dihantar untuk penilaian masih di peringkat perbincangan KDN. Tetapi kelihatannya Zunar telah ke hadapan mencetak lebih awal,” menurut KDN dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu turut menyebut jika apa yang didakwa Zunar bahawa permit penerbitan daripada KDN telah diperoleh maka beliau seharusnya mempunyai resit pembayaran.

Bagaimanapun, rekod KDN tidak ada menunjukkan sebarang transaksi daripada Gedung Kartun atau Sepakat Effektif Sdn. Bhd.

KDN juga menolak dakwaan pengarang majalah itu bahawa tindakan yang diambil terhadap majalah itu bermotifkan politik.

Pada 25 Ogos lepas, sebanyak 408 naskhah edisi pertama majalah Gedung Kartun dirampas mengikut Seksyen 5(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan atau penerbitan tanpa permit. - Bernama


P/S:-Bukan setakat dengan orang,dengan kartun pun takut.Bak kata wartawan satu stesyen swasta di 1 Malaysia ni,"Apa kejadahnya perkara ini berlaku?".

1 comment:

Kuda Perang said...

Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah...