Saturday, August 29, 2009

Sini ada satu lagi cerita!

PM bimbang krisis MCA



KUALA LUMPUR 28 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bimbang krisis dalaman yang dihadapi MCA ketika ini boleh memberi kesan langsung kepada Barisan Nasional (BN).

Sehubungan itu, beliau mahu MCA mengambil langkah terbaik bagi mengatasi isu tersebut sebelum rakyat bertindak menolak parti berkenaan.

Beliau mengulas tindakan enam bahagian MCA di Johor yang mendesak Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat berhenti sementara daripada menjalankan tugas-tugas jawatan itu sehingga beberapa isu berkaitan beliau diselesaikan.

Desakan itu adalah rentetan daripada krisis kepimpinan MCA apabila Majlis Presiden menerima cadangan Jawatankuasa Disiplin parti untuk memecat keahlian Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkuat kuasa serta-merta kelmarin.

''Saya kena patuh pada prinsip dalam BN bahawa soal dalaman termasuk disiplin adalah hal dan budi bicara sesebuah parti komponen BN,'' katanya.

Mengenai kemelut politik di Terengganu, beliau berkata: ''Kita sedang berusaha mententeramkan keadaan.''

P/S. Hah!Macam ada perkara yang tak diakui sedang berlaku di Terengganu.Kata PR sedang berpecah.Ataupun bak kata orang tua-tua'Paku dulang paku serpih.............'.

No comments: