Wednesday, September 2, 2009

Kena lagi!!!!!!!!

Harga petrol disesuaikan dengan kenaikan subsidi

PUTRAJAYA 2 Sept. — Harga petrol di pam perlu disesuaikan sedikit disebabkan kenaikan subsidi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Beliau berkata, kerajaan komited untuk memberikan subsidi 30 sen bagi setiap liter petrol yang dijual kepda rakyat.

“Janji kami kepada rakyat ialah subsidi 30 sen tetapi subsidi itu pada masa ini lebih daripada 30 sen. Jadi perlu ada sedikit penyesuaian... penyesuaian yang sedikit saja,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan pemenang pertandingan lagu 1Malaysia di Bangunan Putra Perdana, di sini.

Beliau diminta mengulas kenaikan harga di pam bagi RON95 daripada RM1.75 kepada RM1.80 seliter manakala RON 97 pula dijual pada RM2.05 berbanding RM1.80, kedua-duanya berkuat kuasa semalam.

Memandangkan beliau menjawab soalan semasa sidang akhbar, Najib berkata beliau akan memberikan butiran lanjut kemudian. - Bernama

P/S:-Senang jadi menteri di 1 Malaysia ni,ada je complaint terus cari alasan baru.Kalau macam ni saya pun boleh jadi menteri.Lepas tu cakap,"Kenaikan minyak tak dapat dielakkan".Kan senang tu?

1 comment:

Kuda Perang said...

Mau tak naikkan harga minyak... nak bagi bonus raya maa.. Lagipun mulai dari sekarang mau kumpul dana kempen PRU ke-13..