Wednesday, September 30, 2009

Rasa dah pernah dengar benda ni?

Kematian Kugan: Anggota polis akan didakwa esok

KUALA LUMPUR 30 Sept. — Seorang anggota polis, V.Navindran akan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya esok berhubung kematian seorang tahanan polis, A. Kugan, kata Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Katanya, Navindran akan didakwa mengikut Seksyen 331 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan teruk bagi mendapatkan pengakuan dari si mati,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Seksyen 331 itu membawa hukuman penjara untuk satu tempoh yang boleh dilanjutkan sehingga 11 tahun dan boleh didenda jika didapati bersalah. - Bernama


P/S :- Hah!Hari tu ada orang kata,ini kes biasalah,tak seriuslah, apa-apalah.Kenapa tiba-tiba jadi serius ni?Ada hubung kait ke dengan undi kaum India kat Bagan Pinang?jeng...jeng....jeng..... Bayangkan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Kesian Pak Polisi,orang lain makan nangka,polis pulak kena getah!

No comments: