Thursday, August 27, 2009

YANG NI LAGI SATU!!!!!

JOHOR BAHRU 27 Ogos — Enam bahagian MCA Johor hari ini meminta biro disiplin parti itu melucutkan secara sementara kuasa presiden parti yang kini disandang Datuk Seri Ong Tee Keat.

Pelucutan sementara kuasa presiden itu merupakan satu daripada empat permintaan yang dikemukakan kepada biro disiplin parti oleh MCA bahagian Pontian, Tanjung Piai, Tebrau, Gelang Patah, Kota Tinggi dan Pulai.

“Keenam-enam bahagian MCA hari ini sebulat suara bersetuju meminta Biro Disiplin parti melaksanakan empat permintaan pihak kami,” kata Pengerusi MCA Kota Tinggi, Ng Keng Heng pada sidang media hari ini. - Bernama

PS:-Apa dah jadi ni?Hehehehe!

No comments: