Thursday, August 27, 2009

TINDAKAN LANJUT!!!!!!!

PETALING JAYA 27 Ogos — Kurang 24 jam selepas Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dipecat daripada MCA, usaha sedang dilakukan untuk mendesak supaya mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan.

Anggota MCA bahagian Puchong, Datuk Theng Book yang mengetuai jawatankuasa ’Selamatkan MCA’ berkata, anggota jawatankuasa itu akan menjelajah ke seluruh negara dalam masa dua minggu akan datang untuk mendapatkan sokongan satu pertiga daripada 2,500 perwakilan pusat parti itu supaya EGM diadakan.

Beliau berkata, EGM itu bertujuan mengembalikan semula keanggotaan Dr. Chua dan meluluskan usul tidak percaya terhadap Presiden parti, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Pada sidang akhbar di sini hari ini, Thean mencabar Ong supaya mengadakan EGM sekiranya beliau yakin mendapat sokongan majoriti anggota parti.

Beliau menafikan jawatankuasa ’Selamatkan MCA’ ditubuhkan atas perintah Dr. Chua. - Bernama


PS:-Hah,cuba tengok.Ada pulak yang berbuat sesuatu ni.Ada yang tak kena ke?

No comments: