Thursday, August 27, 2009

Chua Soi Lek dipecat daripada MCA

Berita yang keluar di Utusan

KUALA LUMPUR 26 Ogos –Krisis kepimpinan MCA semakin meruncing apabila Majlis Presiden menerima cadangan Jawatankuasa Disiplin parti untuk memecat keahlian Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkuat kuasa serta merta.

Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, keputusan sukar itu terpaksa dibuat kerana cakera padat digital skandal seks Soi Lek yang tersebar sebelum ini telah merosakkan imej parti.

Tee Keat enggan menerima sebarang soalan wartawan. Soi Lek meletakkan semua jawatan dalam kerajaan dan parti pada 2 Januari tahun lalu. Bekas Menteri Kesihatan itu bagaimanapun berjaya memenangi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti Oktober lalu.

Terdahulu, Soi Lek ketika ditemui pemberita berkata, beliau tidak terkejut dengan cadangan Jawatankuasa Disiplin parti itu.

Beliau akan mematuhi keputusan Majlis Presiden dan belum memutuskan soal rayuan.

“Mencemarkan imej parti adalah satu jenayah yang serius. Saya bernasib baik mereka tidak mengantung saya sampai mati.

“Jika cadangan itu dipersetujui Majlis Presiden, saya yakin Presiden akan tidur lena malam ini,” katanya.


Kenyataan agak berbeza dalam laman peribadinya.

Today, I am partyless. I served MCA as a divisional chairman since 1985. On the 2nd January 2008 when I resigned from all party posts, I was still an MCA member. Today, I don’t even have a party. So, my position today is worst of than when I resigned on 2nd January 2008. I did not realize that MCA disciplinary board led by an aging lawyer have deemed fit to recommend me to be sacked 21 months after I have resigned from all party and government posts for the same reason as when I resigned in January 2008. If there is provision for sentencing of death physically, I am sure that the disciplinary board would have no hesitation in recommending me to face the gallows. The reason is obvious why I need to be sacked. Will my sacking boost up the image of the MCA? I have to assume that the President today is as clean and clear as crystal. Only time will tell.


Pada saya,untuk kesekian kalinya 1 Malaysia dipermainkan.Yang mana satu nak ikut ni?Itu baru satu parti dalam BN.Yang lain tak tengok lagi tu!!!!!!

No comments: