Wednesday, June 8, 2011
Apa Nazri cakap ni??????
Saya tidak mahu jawatan PM: Abdul Hadi
KOTA BHARU: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata beliau tidak mahukan jawatan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang berjaya dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, perjuangan PAS adalah untuk menyelamatkan negara dan memperkenalkan dasar negara berkebajikan yang dibawa oleh pakatan pembangkang.
"Yang penting kita mahu selamatkan negara...sesiapa pun boleh jadi Perdana Menteri," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di Kediaman Rasmi Menteri Besar di JKR 10, di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, bahawa perubahan kepemimpinan PAS yang kini dikuasai golongan profesional menunjukkan parti itu mahu berkuasa dalam pakatan pembangkang, termasuk Abdul Hadi yang berhasrat
untuk menjadi Perdana Menteri.
(cerita lanjut di sini)
P/S:-Presiden PAS ini nampaknya dah memberi ketetapan dan pendapatnya yang tersendiri berkenaan kedudukan beliau dalam pakatan pembangkang.Bukanlah kuasa atau kedudukan peribadi yang menjadi tujuan utama perjuangan beliau,cuma keadilan dan kebajikan kepada rakyat yang bakal menjadi keutamaan.
Ini sangat berbeza dengan UMNO di mana jawatan peribadi itu lebih penting dari segala-galanya.
Tuduhan dari Nazri Aziz yang mengatakan PAS mahu berkuasa dalam pakatan pembangkang.
Adakah itu semuanya benar?Kalau benar pun apa masalahnya?
Bukankah UMNO sebelum ini menuduh yang PAS bukan Parti DOMINAN dalam PR?Kalau PAS nak jadi dominan apa pulak masalahnya kepada UMNO?
Tidakkah UMNO mahu parti orang Islam dan Melayu ini jadi DOMINAN?Jadi apa sebenarnya yang dimahukan oleh UMNO?????
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Secara logiknya semua orang mahu berkuasa, termasuk Hj Hadi, jika tidak mengapa perlua dia bertanding mengekalkan jawatan dalam Parti? Kan lebihb baik letak jawatan dan jadi orang nbiasa macam kita dan ebrjuangn mcm kita? itu semua adalah ayat2 pembohong semata2, atau mungkin dia bermaksud bahawa jika pakatan pembangkang menang, dia relakan DAP jadi perdana menteri Malaysia, huhu
Post a Comment