Khir Toyo hadapi tuduhan berhubung pemilikan tanah, banglo
SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di sini.
Khir, 45, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.
Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui Pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta
(Berita Harian 5 Dis 2010)
P/S:-Ini berita yang biasa kita dengar.pemimpin UMNO atau BN cuma akan di bawa kemuka pengadilan selepas mereka hilang kuasa.Tetapi sebenarnya ini berlaku apabila mereka tidak lagi BERDAYA KUASA untuk melindungi samada KELUARGA atau DIRI SENDIRI.Kalau masa mereka berkuasa,jangan kata nak di dakwa,nak bunyi suara pun tak lepas!
Patutlah BN benar-benar mahu merampas kembali Selangor dari PR.Mungkin disebabkan kekayaan yang melimpah ruah di negeri tersebut.Katanya ada SELISIH FAHAM antara Khir toyo dan Noh Omar?Ye ke?Nak berebut jawatan MB kut?
Entah-entah pendakwaan ni pun hasil SET-UP oleh Noh Omar?Ye lah kan,sapa tak nak jadi MB Selangor tu!
Tapi kita jangan lupa yang Bekas menteri,Khasitah Gadam juga didakwa dengan tuduhan yang hampir sama selang beberapa minggu sebelum PRU 11 dulu.Adakah ini antara PETANDA PRU 13?Apa jadi dengan Khasitah Gadam selepas itu?Ditangkap atau Bebas?(Sebelum dia meninggal dunia)
No comments:
Post a Comment