SPRM diminta tidak ketepikan aduan kecil: ICAC
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta supaya tidak memandang ringan aduan yang dianggap kecil kerana ia akan memberi kesan kepada keyakinan masyarakat. Saranan itu dibuat oleh bekas ketua Suruhanjaya Bebas Membanteras Rasuah Hong Kong (ICAC), Bertrand Edouard Doger de Speville, yang melawat SPRM di sini, hari ini.
Abu Kassim berkata, pengalaman ICAC Hong Kong boleh dicontohi oleh SPRM kerana struktur model yang digunakan kedua-dua badan itu adalah sama.
"Beliau mengatakan SPRM harus memberi penekanan bagi menjalankan siasatan kepada semua aduan yang dibuat termasuk yang kecil. Kecil atau besar adalah sama besar," kata Abu Kassim.
Katanya, SPRM sendiri mempunyai satu jawatankuasa khas yang bermesyuarat setiap pagi untuk membincangkan semua kes rasuah.
"Kes-kes yang dikira tidak berbentuk rasuah akan akan dibentangkan pula kepada Panel Penilaian Operasi. Kita perlu perjelaskan kepada Panel Penilaian Operasi mengapa kes-kes itu tidak dituduh.
"Ini penting untuk tingkatkan keyakinan masyarakat bahawa kita tidak menutup mana-mana kes atas sebab-sebab yang tidak telus," kata Abu Kassim.
P/S:-Kalau mengikut cerita dalam keratan ini,nampaknya masih terdapat banyak KELEMAHAN dalam penyiasatan dan tindakan SPRM(dahulunya BPR).Kalau menurut cerita di sini,SPRM perlu menampakkan perubahan selari dengan kenaikan taraf kepa SURUHANJAYA.
Mengikut ayat-ayat di atas juga menunjukkan bahawa ada pihak yang berwajib TERLEPAS PANDANG beberapa KES yang KECIL.Kalau orang kata kecil ni,biasanya bukan sikit tapi banyak.Tapi bahayanya kita kena juga bak kata orang tua-tua'Kecil menjadi kawan,besar menjadi lawan'(dalam kes API)
Itu kes kecil.Kalau KES BESAR macam mana?Dulu kita pernah dengar yang beberapa KES PROFAIL tinggi di tutup begitu sahaja.Adakah ini yang diinginkan oleh pihak tertentu?Siapakah mereka yang terlibat dalam KES seperti ini?Atas arahan siapa KES2 ini ditutup?Kenapa kes kecil sahaja yang diberi penekanan?Mengapa kes yang melibatkan orang besar tidak di KOREK dan cari PUNCA bagaimana ia boleh berlaku?Mengapa,mengapa,mengapa?
No comments:
Post a Comment