Tuesday, November 16, 2010

Jawi dan orang Melayu.............

GPMS usul perkasa amalan tulisan jawi

KUANTAN - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kuantan mencadangkan agar tulisan jawi diperkasakan semula di peringkat sekolah rendah dan menengah agar ia tidak dilupakan terus oleh generasi muda.

Timbalan Yang Dipertuanya, Mohd Zharif A Rahim berkata, usul tersebut dibuat selepas mendapati tulisan jawi semakin dilupakan oleh masyarakat Melayu di negara ini, malah generasi muda juga tidak mampu menguasai tulisan itu dengan baik.

Menurutnya, penguasaan dalam pembacaan dan penulisan jawi yang tidak memberangsangkan harus ditangani secara efektif melalui sistem pendidikan.

“Melalui GPMS yang memperjuangkan hak Melayu dan pendidikan, saya mencadangkan supaya tulisan Jawi diperkasakan semula dan dijadikan sebagai subjek teras di sekolah.

“Justeru, saya berharap, Kementerian Pelajaran Malaysia dapat mengkaji kaedah yang sesuai bagi pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran tulisan jawi sama ada dijadikan subjek sampingan atau modul tambahan dalam subjek Pendidikan Islam,” katanya ketika mencadangkan usul itu pada Mesyuarat Agung GPMS Cawangan Pahang kali ke 13, di sini, semalam.

(Baca seterusnya.....)

P/S:-Dahulu Tulisan Jawi adalah sesuatu yang sangat BIASA di kalangan orang Melayu.kita mungkin lebih mengenali Jawi berbanding Bahasa Inggeris.dan banyak Perjanjian antara pihak British pada zaman dahulu si tulis dalam Tulisan Jawi.

Tapi pada suatu KETIKA dalam zaman yang berikutnya,ada TOKOH yang memegang PEMERINTAHAN dalam PENDIDIKAN telah sedikit sebanyak menyumbang ke ARAH MENGURANGKAN pengaruh dan keberkesanan Tulisan Jawi ini.

Tokoh tersebut adalah BEKAS MENTERI PELAJARAN yang berasal dari PARTI yang memperjuangkan AGAMA,BANGSA dan TANAHAIR.Untuk tahu lebih lanjut, marilah kita sama-sama SCROLL dan SURF dalam MEDIA BARU ini bagi mengetahui siapakah TOKOH yang dimaksudkan DIATAS.Kami yakin sudah ramai yang tahu dan untuk yang tidak tahu,BUKAN susah untuk anda mencari siapakah TOKOH tersebut dan dari mana dia lahir.

SEMOGA BERJAYA!!!!!(Lupa nak sertakan maklumat yang namanya ada disemadikan dalam salah satu kejohanan SEPAK TAKRAW!)

2 comments:

AzizMostafa said...

Semakin Terancam?! Semarak Jawi
-
1. Membandingkan dengan Rumi, Jawi lebih indah, lebih mudah, lebih menarik.
Rumi = 26 +A+B+D+E+G+H+Q+R = 34 bentuk berdiri sendiri.
Huruf Arab + 6 Jawi - titik-2 = 17 bentuk yang manis + tari-menari.
Tidak seperti Rumi, Jawi suka bercantum.
Hanya ekor perubahan seperti yang ditunjukkan di sini:
http://www.arabictypography.com/ani1.html

2. BM adalah bahasa fonetik, seperti Arab.
Cara terbaik adalah ditulis (dan dibaca) dalam Jawi
-
Tetapi kebanyakan orang Melayu + Indons tidak mengetahui.

DPP JERANTUT said...

Terima kasih atas kunjungan dan Info yang diberi.Semoga lebih ramai orang yang akan sedar tentang kelebihan2 ini!