Wednesday, July 28, 2010

Berita Gempar!

Kerajaan belum cadang benarkan pegawai siswazah lain sertai politik: PM

PUTRAJAYA: Kerajaan belum bercadang membenarkan pegawai siswazah selain kumpulan pendidikan daripada terbabit dalam politik bagi mengelakkan konflik kepentingan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, ini kerana pegawai siswazah kumpulan lain mempunyai kuasa eksekutif berbanding guru.

Najib mengulas pindaan Peraturan 21(2) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 bagi membolehkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 hingga DG48 untuk bertanding, dilantik atau memegang jawatan dalam mana-mana parti politik berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Ketika mengumumkan keputusan itu kelmarin, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, berkata kebenaran itu juga tidak membabitkan Pengetua dan Guru Besar di institusi pendidikan dan pegawai yang memegang apa-apa jawatan pentadbiran dalam agensi kerajaan.

P/S:-Akhirnya terdapat kekenduran dari pihak kerajaan dalam hal Penjawat Awam,Khasnya guru terlibat dalam MANA-MANA parti politik.Syukurlah pada TUHAN.Tapi pastikan nanti yang PERKARA MANA-MANA PARTI POLITIK tu jadi kenyataan.Jangan pulak esok,kalau ada guru yang menyokong PEMBANGKANG,tindakan akan diambil keatas mereka.Elok-elok warga kelas 1,takut esok jadi warga kelas 3 pulak!Jadi jadi HIPOKRIT!Tapi mana-mana kakitangan kerajaan pun,kita tunggu dan lihat.

2 comments:

Azizan Yaakob said...

Brother,

Kelabu sangatlah tulisan bahagian bawah pandangan editor tu minta tolong tukar warna tulisan tu payah nak baca, teruskan menulis. terima kasih.

DPP JERANTUT said...

Salam Dato'.Terima kasih atas teguran.Dan terima kasih atas juga atas kesudian membaca disini.