Tuesday, June 1, 2010

Tunggu dan lihat!


Belum ada keputusan muktamad mengenai subsidi - Najib



KUALA LUMPUR 1 Jun - Kerajaan belum lagi membuat sebarang keputusan muktamad mengenai pengurangan atau pemotongan subsidi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya kerajaan masih lagi meneliti apa yang patut dilakukan dalam perkara ini.

"Cuma kita gambarkan kalau kita tidak melakukan apa-apa (dalam hal ini), kesannya (kepada negara pada masa depan) sudahpun kita maklumkan," katanya kepada pemberita ketika ditanya sama ada kerajaan bercadang memotong insentif kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang diberikan sekarang, seperti cadangan memotong atau mengurangkan subsidi kepada pelbagai barangan yang diberikan sekarang.

Terdahulu, Perdana Menteri melawat Pameran Inovasi Perusahaan Kecil dan Sederhana (Smidex) di sini hari ini. - Bernama

P/S:Kalau diikut ceritanya,memang perkara ni adalah keutamaan PM buat masa ini.Tetapi masih belum nampak akan dilaksanakan dalam masa terdekat.Sebab apa agaknya?Mungkinkah PM taku akan tindakbalas rakyat terbanyak apabila ini dilaksanakan.Jadi semua tindakan yang bakal dilakukan perlu melihat kepada tindakbalas rakyat di masa akan datang.

Kalau dulu cerita subsidi akan ada sangkut dengan TONGKAT.Jadi mungkin TONGKAT ini akan dibuang sedikit masa lagi.Bersediakah kita rakyat MALAYSIA untuk cabaran yang akan mendatang.PM pun takut hilang KUASA dan akhirnya terpaksa memilih TUNGGU dan LIHAT.

Jadi jelaslah bahawa bukan kehendak yang sebenarnya yang dituruti,tetapi PENGEKALAN KUASA adalah lebih utama.Sebelum ini BN mengatakan yang PR GILA KUASA.Jadi di sini,siapa yang LEBIH GILA KUASA?

No comments: