Tuesday, June 1, 2010

Mantan berkata-kata.......

Jangan sekadar kutuk kekejaman Israel - Dr. Mahathir



KUALA LUMPUR 1 Jun - Banyak yang boleh dilakukan oleh negara-negara di seluruh dunia termasuk Malaysia, bagi membantu aktivis yang ditahan dari kapal Mavi Marmara daripada hanya mengutuk sikap kekejaman rejim Israel ke atas armada kecil kapal yang membawa bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, kata mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya fikir banyak lagi perkara yang boleh dilakukan daripada setakat mengutuk yang perlu dilakukan oleh kerajaan-kerajaan di seluruh dunia. Untuk mengutuk Israel...mereka tidak peduli,” katanya kepada pemberita mengenai dialog awam dan meja bulat akan datang mengenai Structural Transformation of Malaysian Economy anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana dan New Club of Paris, di sini hari ini.

P/S:Tahniah Tun Mahathir kerana kelantangan dan keberaniannya dalam mempertikaikan tindakan terhadap Israel oleh masyarakat dunia.Tapi kalau tak silap saya di zaman Tun Mahathir lah satu pasuka KRIKET YAHUDI boleh datang ke MALAYSIA dan bermain disini.Kenapa dulu lain,sekarang dah lain?Tak bertaubat agaknya?Kita tunggu pulak apa kata MANTAN PM yang satu lagi,(yang kuat tidur tu lah!)Apa pulak katanya esok.

Tapi itulah UMNO dan BN.Ada masa terima,ada masa tak suka ke YAHUDI ni.Ikut rasa dan manfaat lah.Kalau ada,sukalah!Kalau tak ada,tak sukalah dia.Masa berkuasa tak pulak nak suruh perang ke apa.Tapi kalau dah tak boleh nak buat apa ni,banyak pulak ceritanya!

No comments: