Sunday, June 13, 2010

Boleh lepas ke???????

Umno Johor tolak pertaruhan dalam sukan





JOHOR BAHRU: Umno Johor hari ini menolak sebarang pertaruhan dalam bidang sukan termasuk bola sepak, kata Pengerusi Badan Perhubungannya, Datuk Abdul Ghani Othman.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat ahli jawatankuasa badan perhubungan hari ini, Abdul Ghani berkata, pendirian itu berdasarkan kepada reaksi diterima daripada seluruh masyarakat di negeri ini

"Kita (Umno Johor) mendapat satu reaksi yang jelas daripada masyarakat di negeri ini untuk tidak menerima sebarang bentuk pertaruhan dalam sukan.
"Masyarakat melihat satu bentuk perjudian berlaku dan saya percaya pihak yang terbabit dalam perkara ini dapat mendengar suara rakyat tentang perkara itu," katanya.

Abdul Ghani, yang juga Menteri Besar Johor, berkata beliau akan mengemukakan penolakan pertaruhan itu kepada peringkat tertinggi dalam masa terdekat ini.

Kerajaan, sebelum ini bercadang mengeluarkan lesen pertaruhan bola sepak bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.


P/S:-Kalau ikut kata2 MB Johor ni,memang nampak kesungguhan dan keberanian beliau dalam menentang JUDI SUKAN yang akan dilaksanakan.Tapi pada kami,BOLEH KE?LEPAS KE?Kamu besar sekali ke dalam UMNO tu?Dan ada ke yang nak menyokong usaha dia ni nanti?Kita tunggu dan lihat!

No comments: