Bantahan lesen judi bola lebih bersifat politik - Dr. Mahathir
Katanya, langkah kerajaan mengeluarkan lesen judi sempena pertandingan bola sepak Piala Dunia 2010 hendaklah diterima secara terbuka untuk membendung kegiatan itu daripada berleluasa.
"Mungkin pendapat saya berbeza sedikit dengan orang lain. Sama ada lesen judi dikeluar atau tidak, judi tetap berlaku di negara kita kerana orang-orang Cina memang suka berjudi.
"Jadi kalau dia berjudi tanpa lesen, tidak ada satu cara untuk kita menentukan perjudian itu tidak berleluasa. Ini kerana judi tidak haram bagi orang Cina, tetapi haram bagi orang Islam.
"Orang Islam jangan berjudilah. Kalau mereka didapati berjudi tangkaplah mereka,” katanya ketika ditanya mengenai lesen untuk menjalankan operasi pertaruhan bookie di Malaysia selepas berucap pada program Melayu Bangkit anjuran Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) di sini hari ini.
Dr. Mahathir berkata, bantahan yang dilakukan oleh parti pembangkang terutama Pas berikutan pengeluaran lesen judi berkenaan, adalah lebih bermotif politik dan bukan kerana Islam.
P/S:-Bila cadangan dari PAS aje,ada saja benda yang tak betul.POLITIK lah,kepentingan segelintir pihak lah.Kenapa tak nak terima benda2 ni?Takkan benda nak buat baik dan menafikan yang batil semua nak tolak?
Pada kami seseorang nak buat sesuatu perkara(apa2 sekalipun)akan lebih mudah melakukan apabila ada peluang atau jalan.Contoh judi ni lah.Kalau tak ada pusat,bukankah lebih sukar untuk orang(melayu atau bukan melayu)untuk membuat pertaruhan.Kalau tak ada lesen atau tempat khas,bukankah ianya akan menjadi lebih sukar?Jadi kenapa nak diwujudkan?Adakah supaya orang lebih senang BERJUDI?
No comments:
Post a Comment