Thursday, April 29, 2010

Untung lah dia.........



Palanivel, Ezam angkat sumpah Senator Isnin



KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel, dan bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Mohamad Ezam Mohd Noor, adalah antara empat Senator baru yang akan mengangkat sumpah Isnin ini.

Dua yang lain ialah Pengerusi Eksekutif Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman, dan Ketua Wanita Umno Pagoh, Noriah Mahat.

Perkara itu disahkan Setiausaha Dewan Negara Datuk Zamani Sulaiman yang dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Mereka dijadual mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Palanivel ialah Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ezam yang keluar daripada Parti Keadilan Rakyat dan kembali ke pangkuan Umno pada 2008 ketika dihubungi menerusi khidmat pesanan ringkas turut mengesahkan pelantikannya itu. "Ya, benar, Alhamdulillah. Cuma saya akan buat kenyataan hanya selepas angkat sumpah nanti. Sekarang masih di Jakarta bertugas," kata Ezam yang juga bekas Setiausaha Politik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Bernama


p/s;-akhirnya usaha Ezam telah mula menampakkan hasil.kurang-kurangnya dia akan dapat jadi Senator.Jadi bolehlah jumpa dengan rakan-rakan dan komplot baru disana nanti.Tahniah Ezam,anda telah terbukti sebagai seorang manusia yang bijak membuat percaturan dan perancangan.Dah jadi Senator ni esok tak tau apa pulak lah perancangan dia ni!

1 comment:

tamingsari said...

Pejuang dan rezkinya. Sekiranya politik boleh disamakan dengan sukan,sudah pasti kejayaan ahli sukan wajar diterima dgn hati yg terbuka.Begitu jugalah didalam politik. Jawatan dan kedudukan boleh diibaratkan lambang kejayaan perjuangan. Berbeza dgn sukan,lambang politik diserai dgn amanah dan beban tugas yg mewajibkan kejujuran dan keikhlasan daripada pemakai lambang.