Tuesday, March 9, 2010

Siasat segera!!!!!!!!

Kegiatan balak haram di sempadan Perak, Pahang tumpas

IPOH 7 Mac – Sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menumpaskan satu kegiatan pembalakan haram di kawasan pergunungan berhampiran sempadan Perak dan Pahang dalam operasi bersama Jabatan Perhutanan Perak dan Rela semalam.

Kawasan pembalakan haram berkenaan terletak berhampiran Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

Dalam operasi yang bermula kira-kira 9 pagi semalam, beratus-ratus batang balak yang baru dipotong dan dianggar bernilai jutaan ringgit serta beberapa jentera berat yang berada di kawasan itu disita.

Jurucakap SPRM berkata, tiada tangkapan dibuat kerana mereka yang terbabit dalam kegiatan itu sempat melarikan diri.

Beliau berkata, operasi berkenaan dipercayai dapat dikesan kerana jalan hutan untuk memasuki kawasan pembalakan itu dihalang dengan batang pokok dan jentera berat menyebabkan pasukan berkenaan hanya dapat memasuki kawasan itu selepas lebih dua jam perjalanan.

Jurucakap itu berkata, siasatan awal mendapati, lesen membalak di kawasan tanah milik persendirian itu telah dikeluarkan untuk tempoh dari 16 Oktober 2009 hingga 15 Januari lepas.

Pembalakan haram itu dijalankan di kawasan hutan seluas kira-kira 100 hektar, katanya. – Bernama

Kami kata:-Pembalakan haram dah lama berlaku.Nak-nak pulak tempat macam kat Pahang ni.Ada orang kata,jalan ke Ulu Tembeling tu pun dah tak berapa ada hutan.Bukan jalan ikut Padang Piol dan Sg Retang ni.Tapi jalan darat yang masuk ikut FELDA LEPAR sana.Boleh nampak pokok hilang dengan cepat dan tanah yang kosong SAUJANA MATA MEMANDANG.Tapi kenapa belum ada orang yang nak check kat kawasan tu?Minta lepas ni adalah Pihak MEDIA atau pihak BERKENAAN ambil tindakan siasat,betul atau tak?Kalau betul ambik tindakan,kalau tidak kira selamat lah hutan kita ni.Lagipun bukan itu ke kerja Jabatan Hutan?Kami bukan apa,masih sayangkan hutan dan sumber asli negeri Pahang ni.Takut esok terlebih tebang,sungai pun boleh hilang woooo!

Sumber dari http://n9tahan.blogspot.com/

No comments: