Friday, March 5, 2010

Beginikah cara keadilan ditegakkan?????????????

Pengguna Facebook hina bekas Ketua Puteri Ampang diburu

AMPANG – Polis kini sedang mengesan seorang pengguna laman Facebook berhubung kenyataannya dalam laman terbabit yang menghina bekas Ketua Puteri UMNO Bahagian Ampang yang meninggal dunia baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, lelaki itu diburu berikutan satu laporan polis yang dibuat UMNO Bahagian Ampang, diketuai Datuk Ismail Kijo di sini, kelmarin.

“Kita sedang mengesan pengguna terbabit untuk siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Multimedia dan Komunikasi 1998,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini, s
emalam.

Terdahulu, laporan yang dibuat oleh UMNO bahagian itu mendakwa kenyataan lelaki itu yang menghina Allahyarham Haslinda Mohd Zerain dianggap sebagai satu perbuatan yang biadab.

Allahyarham Haslinda yang berusia 36 tahun meninggal dunia akibat sakit jantung di kediamannya di Ampang, Rabu lalu.



P/S:-Hina bekas ketua Puteri UMNO Bahagian akan diburu.Memang polis cekap dalam mela
ksanakan tugas mereka mengesan dan menjejak penjenayah siber ni.Tapi kami nak tahu juga,macam mana dan apa tindakan yang akan diambil terhadap penghinaan Menteri Besar Kelantan dan Ahli Parlimen Permatang Pauh dalam beberapa blog Pro Kerajaan?Kami merujuk kepada GAMBAR TG Nik Aziz dan Anwar Ibrahim dalam posisi yang amat memalukan(LIWAT!).Apa tindakan dan hukuman kepada mereka-mereka yang terlibat dalam penghasilan dan penyebaran GAMBAR tak SENONOH ni?Adakah pihak Polis akan senyap sahaja?Kenapa mereka tidak diburu?Adakah mereka dikira tidak bersalah kerana menghina PIMPINAN PEMBANGKANG?

No comments: