Kerajaan negeri tidak jamin Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin selamat digunakan
KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri tidak dapat memberi jaminan sama ada Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) selamat digunakan walaupun selepas sisa runtuhan bumbung dibersihkan kelak.Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Datuk Rahin Mohd Said, berkata ia kerana tahap keselamatan struktur stadium itu belum dapat dipastikan selepas menerima impak runtuhan yang berlaku pada 2 Jun lalu.
"Saya tidak mahu kata SSMZA boleh digunakan atau tidak kerana kerajaan negeri tidak mahu menanggung risiko sekiranya berlaku apa-apa selepas ia dibersihkan nanti," katanya di sini, hari ini. Mengulas kemungkinan stadium itu selamat digunakan selepas beberapa pihak termasuk pengurus dan jurulatih bola sepak merungut keadaan padang Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) yang tidak memuaskan untuk perlawanan Liga Super dan Piala FA.
Sebelum kejadian runtuhan bumbung stadium SSMZA itu, ia dibina untuk temasya Sukan Malaysia 2008, yang digunakan sebagai lokasi kedua-dua pertandingan.
Susulan kejadian itu, semua perlawanan bola sepak diadakan di SSINS walaupun keadaan rumputnya tidak lagi sesuai untuk tujuan tersebut.
Menurut perancangan, SSINS yang berusia lebih 30 tahun itu akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek pembangunan bandaraya Kuala Terengganu.
Rahin berkata, pemeriksaan lanjut harus dilakukan ke atas struktur bangunan SSMZA bagi melihat kesan runtuhan bumbung seberat 2,500 tan itu.
P/S:-OOOOiiiiiiii!Senang lah jadi kerajaan kalau macam ni.Silap sikit tak mahu bertanggungjawab.Silap lagi,nak lepas tangan!Ini lah yang mungkin dikatakan UMNO dan BN akan membawa KEMAJUAN YANG BELUM PERNAH DILIHAT DAN DIDENGAR SEBELUM INI semasa kempen untuk merampas Terengganu dalam PRU tahun 2004 dulu.Memang ni lah kali pertama dengar PEMBANGUNAN yang mana STADIUM baru setahun lebih siap runtuh dan rosak teruk.BELUM PERNAH DENGAR LAGI TAK DITEMPAT LAIN?Memang UMNO ni tak boleh harap!Dah tu pulak tak nak tanggungjawab.Tapi betul juga tu!Bukan MB sekarang punya HAL!Itukan pembangunan dizaman IDRIS JUSOH!Tapi kalau kaji balik,UMNO ni memang sama-sama dia pun tak berapa nak percaya.TAPI MASIH ADA LAGI RAKYAT YANG NAK PERCAYA TU!PELIK BETUL!
No comments:
Post a Comment