Kabinet teliti Rang Undang-Undang ISA Jumaat ini: Hishammuddin
KUALA LUMPUR: Cadangan pindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan diteliti oleh Kabinet pada Jumaat ini sebelum boleh dibentangkan pada sesi Parlimen kali ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Beliau berkata walaupun draf rang undang-undang itu telah siap ia mesti terlebih dahulu diserah kepada Kabinet untuk diluluskan.
"Saya berharap pindaan ISA dapat dibentangkan pada sesi Parlimen kali ini, namun jika tidak dapat dilakukan kita akan kembali kepada masyarakat untuk dapatkan lebih banyak pandangan mengenainya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.
Cadangan pindaan itu meliputi lima isu iaitu kuasa Menteri Dalam Negeri, tempoh penahanan, hak dan layanan ke atas tahanan, tanggapan orang ramai bahawa ISA disalahguna untuk tujuan politik, dan penahanan tanpa perbicaraan.
- Bernama
P/S :-Kami rasa ramai orang tak suka dengan ISA ni.Dah lama orang bagitau.Kalau betul-betul tangkap mereka yang mengancam negara memang baguslah.Tapi kenapa orang yang jual ENJIN JET tak kena tangkap bawah akta ni?Bukankah itu merbahaya?Kenapa ORG yang beli kapal selam TAK BOLEH MENYELAM tak ditangkap dibawah akta ini?Itukan merbahaya kepada keselamatan negara?(DALAM DAN LUAR)kenapa Ahli Politik Pembangkang saja yang banyak ditahan?Kenapa?Kenapa org yang hilangkan DOKUMEN KEMASUKAN Altantuya tidak ditangkap?bukankah itu merbahaya?Itu membawa masalah kepada PM yang telah dituduh.kesian PM,tolong dia!
No comments:
Post a Comment