Saturday, March 13, 2010

Apa cerita??????

Peniaga kesal kena kompaun tinggi

BANDAR PEKAN – Seorang peniaga buah-buahan terkilan kerana dikenakan kompaun RM250 yang dianggapnya terlalu tinggi oleh penguat kuasa Majlis Daerah Pekan (MDP) berikutan kegagalannya membayar permit perniagaan.

Abdullah Sidek, 50, berkata, kompaun yang dikenakan pada 9 Mac lalu amat mengejutkan dan menyebabkan perniagaannya yang tidak seberapa mengalami kerugian pendapatan hariannya.

Menurutnya, kompaun yang dikenakan terlalu tinggi dan dakwaan dia lewat membayar permit perniagaan seharusnya dipertimbangkan kerana kesibukannya menyebabkan dia terpaksa meninggalkan perniagaan kepada empat pekerjanya.

“Saya terkilan kerana kompaun yang diserah melalui pekerja saya agak tinggi berbanding pendapatan yang diperoleh peniaga kecil seperti saya yang juga peniaga buah tembikai di bawah bimbingan Jabatan Pertanian daerah.

“Selama 20 tahun berniaga di sekitar daerah ini saya agak terkilan kerana pihak berkenaan tidak menggunakan cara yang lebih baik seperti mengeluarkan amaran awal sebelum mengenakan kompaun terhadap peniaga di sini,” katanya ketika ditemui di gerainya di sini.

Abdullah berkata, permit yang lewat dibayar mempunyai tempoh perniagaan sementara dari 6 Mac hingga 15 Mac, namun selepas pembayaran dilakukan, tiada anjakan tempoh perniagaan dilakukan walaupun pihaknya telah membayar kompaun.

“Saya akui bahawa kelewatan itu kesalahan saya namun kompaun sebanyak RM250 serta RM150 yang dibayar bagi permit seharusnya diteliti tempoh tamatnya,”

“Saya berharap MDP meneliti kesulitan yang saya alami yang terpaksa membayar gaji empat pekerja bagi menjaga perniagaan ini dan menanggung keluarga dengan hasil perniagaan yang tidak seberapa ini,” katanya.

P/S :-Sebelum-sebelum pada ni banyak majlis bandaran atau majlis daerah dalam negeri yang diperintah PR ambik tindakan pada peniaga diGEMBAR-GEMBORkan dalam MEDIA MASSA.Macam-macam yg keluar.ZALIM lah.TAK ADIL lah,RACIST lah.Tapi ini adalah perkara yang berlaku di daerah PEKAN,berMENTERI BESARKAN UMNO dan berAHLI PARLIMEN KAN PERDANA MENTERI.Tapi kenapa tidak diwarwarkan dalam MEDIA MASSA?Adakah ini tidak ZALIM dalam pandangan MASYARAKAT?Adakah ia ADIL dalam pertimbangan RAKYAT?Kalau tidak kenapa tak ada keluar dalam berita?Kenapa kurang media yang buat LIPUTAN?Adakah peniaga ini PENDATANG TANPA IZIN?Adakah dia bukan rakyat TEMPATAN?Adakah Kerajaan hari ini ZALIM?Adakah kerajaan tidak berhati perut?

No comments: