Thursday, March 11, 2010

Adab dan aturan......

Tindakan Zulkifli diakui jejaskan PR

KUALA TERENGGANU – Kenyataan dan tindakan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang sentiasa bertentangan dengan prinsip dan sasar Parti Keadilan Rakyat (PKR) diakui memberi impak negatif kepada Pakatan Rakyat (PR), kata Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat,: Azman Shapawi Abd Rani.

Menurutnya, kritikan terbuka Zulkifli terhadap partinya memperlihatkan PR seperti bermasalah dan tiada kesepakatan.

“Kita tidak mahu campur sebenarnya dalam urusan PKR, tapi keputusan tersebut (pemecatan Zulkifli) sudah pasti telah pun diteliti dari semua sudut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, sebelum ini memutuskan untuk memecat Zulkifli sebagai ahli parti itu, ekoran kesalahannya secara berulang, termasuk tindakan membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad.

Azman Shapawi berkata, pemecatan Zulkifli wajar menjadi pengajaran kepada semua wakil rakyat dalam PR agar sentiasa berada dalam satu kumpulan dan tidak bertindak sesuka hati.

“Jadi, kepada mana-mana Ahli Parlimen yang masih bersikap demikian (kritik terbuka), segeralah muhasabah dan baiki diri supaya tidak dikenakan tindakan serupa dengan Zulkifli.

“Bersuara itu dibenarkan dalam pakatan pembangkang, ia tidak pernah disekat tapi biarlah kena pada tempat iaitu secara dalaman dan bagi saya, PR merupakan parti yang boleh mendengar dan menerima teguran,” katanya.

P/S:-kami sokong pandangan Ustaz Azman ni.Bukannya wakil rakyat atau pimpinan dalam PR tak boleh nak tegur ahli lain,tapi buatlah dengan penuh berhemah.Saluran telah disediakan dan gunakan sebaik mungkin.Jangan main cakap je.ini tak,mentang2 memasing ada blog,dalam blog pun keluar juga pandangan yang tak berapa sedap didengar.Itukan boleh membangkitkan fitnah.Jadi berhati-hati bila berkata dan cermat bila bertindak.

No comments: