Friday, January 22, 2010

Celaka Amerika!!!!!!!!!!!

Petikan Bible pada senjata AS


TEROPONG sasaran buatan syarikat Trijicon yang terdapat petikan ayat Bible pada senapang M-4 Carbine yang diguna oleh tentera Amerika Syarikat di Iraq dan Afghanistan. - AP

WASHINGTON 21 Jan. - Kumpulan- kumpulan Islam berang selepas mengetahui tentera Amerika Syarikat (AS) di Iraq dan Afghanistan selama ini menggunakan senapang yang tertera petikan kitab Bible di bahagian teropong sasarannya.

Syarikat yang mengeluarkan alat optik itu yang turut melatih tentera Afghanistan serta Iraq di bawah kontrak dengan tentera AS dan Marine Corps berkata, pihaknya telah mencetak petikan daripada New Testament Bible ke bahagian senapang itu selama lebih 20 tahun.

Kementerian Pertahanan Britain sementara itu mengumumkan, pihaknya telah menempah 400 teropong sasaran dengan syarikat berkenaan, Trijicon, namun menambah ia tidak sedar tentang maksud petikan Bible itu, satu keputusan yang dikecam parti pembangkang, Parti Liberal Demokrat.

Majlis Hal Ehwal Awam Islam (MPAC), mendesak Setiausaha Pertahanan, Robert Gates supaya segera menarik balik penggunaan teropong sasaran itu yang dicetak dengan petikan Bible daripada digunakan tentera AS, selepas Trijicon dilapor mengikat kontrak membekalkan lebih 800,000 alat itu kepada tentera AS.

Pentagon dalam pada itu dilihat cuba menyangkal kontroversi tersebut dengan mengatakan, ia 'diganggu' oleh laporan-laporan tertentu.

Sementara itu, Trijicon memberitahu, petikan Bible itu 'digunakan sebagai sebahagian kepercayaan kami dalam berkhidmat untuk negara.'

Pengunaan teropong sasaran yang tertera petikan Bible itu juga dianggap mencabul perintah umum unit tentera Pasukan Tengah AS yang dikeluarkan selepas pencerobohan ke atas Iraq pada 2003 yang jelas melarang 'cubaan menarik individu ke sebarang agama, kepercayaan atau amalan agama.'

"Tindakan mencetak petikan Bible pada peralatan perang mencabul prinsip dan nilai yang diasaskan negara kita,'' kata Pengarah MPAC Washington, Haris Tarin.

"Paling buruk, ia turut menimbulkan propaganda senjata kepada pelampau yang mendakwa berlakunya perang menentang Islam oleh AS,'' katanya. - AFP

P/S :-memang Amerika sejak dahulu memusuhi umat Islam walau dimana mereka berada.Macam2 cara mereka buat untuk menarik umat Islam atau memesongkan aqidah kita.Tapi masih ramai lagi yang membantu Amerika setiap kali ada pertempuran di negara2 Islam.Sampaikan kaum Kerabat Penjaga Kaabah pun terlibat secara langsung dengan Amerika JAHANAM ni.Cara2 kasar dan halus telah lama dijalankan untuk pesongkan aqidah umat Islam.Antaranya?Tak nampak lagi?HIBURAN DAN GAYA HIDUP MELAMPAU!tapi kita.............?

3 comments:

nurmani said...

perkara kecil je tu, hukum islam pun mereka tolak.

Mohd said...

Kenapa PR melalui Anwar Ibrahim masih bersekongkol dgn Yahudi Amerika?

DPP JERANTUT said...

Mungkin langkah yang sama diambil seperti mana ketika Malaysia menerima kunjungan Pasukan Kriket Israel dan mengiktiraf kewujudan negara Israel itu sendiri.Anwar tu pun kan dari SANA juga!Begitu juga dengan kerajaan kita,Malaysia tidak mengiktiraf HAMAS yang menang dalam pilihanraya di Palestin tetapi mengiktiraf PLO yang duduk semeja dengan Israel.......