Thursday, January 7, 2010

Berita tak sedap dengar!!!!!!!!!!!!!!!!

Hapus Cola jejas pretasi sektor awam: Cuepacs

SHAH ALAM – Ura-ura kerajaan mahu menghapuskan elaun kos sara hidup (Cola) bagi menjimatkan perbelanjaan negara, dilihat memberikan impak besar kepada kakitangan awam.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman berkata, pelaksanaanya kelak akan menjejaskan sara hidup sektor awam yang kini dihimpit dengan ekonomi yang tidak menentu.

Katanya, beliau bimbang kemungkinan tindakan itu menjejaskan prestasi kerja kakitangan awam.

“Penghapusan elaun Cola merupakan tindakan paling tidak wajar untuk dilaksanakan jika benar apa yang diperkatakan.

“Langkah ini perlu dipertimbangkan dengan mendalam. Sejajar dengan perkembangan ekonomi semasa yang tidak mengizinkan, akan menambahkan lagi beban ke atas hidup kakitangan awam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas desas desus di internet melaporkan penghapusan elaun Cola akan dilaksanakan pada 2010, sebagai langkah menjimatkan perbelanjaan negara.

Omar berkata, sewaktu ekonomi negara dilanda kegawatan pada 1998, kerajaan tidak mengambil langkah memotong elaun Cola sebagai salah satu alternatif untuk berjimat.

Menurutnya, langkah ini sekiranya dilaksanakan pastinya mendapat reaksi yang pelbagai daripada kakitangan awam.

“Oleh itu, sebagai jalan terbaik, kerajaan perlu meneliti dan mengkaji rasionalnya atau mengambil langkah lain dalam menjimatkan perbelanjaan negara,” katanya.

P/S :-Hah!Dah ada yang bunyi ni.Macam mana kalau jadi betul?Kakitangan peringkat bawahan tentu bertambah pening kepala mereka.Mana baru bukak sekolah,sikit lagi nak masuk IPT pulak.Makin derita lah rakyat kita ni.Nama je negara kaya.Minyak ada,sawit ada,kayu ada macam2 lagilah.Tapi kayu macam kat Jerantut ni ada geng2 tertentu aje yang sapu.Alasan nak buat projek,tapi lepas kayu dah keluar,hampas pun tak ada.Nak buat macam mana,PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT lah katakan!

No comments: