Thursday, December 31, 2009

'Shukri' jadi tanda tanya bicara kes rasuah Norza

TEMERLOH: Mahkamah Sesyen di sini, semalam dimaklumkan bahawa seorang pegawai tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghantar surat kepada Umno mengatakan suruhanjaya itu 'tidak ada kes' terhadap bekas Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Norza Zakaria yang menghadapi tuduhan rasuah.

Bekas Setiausaha Kerja Umno, Brigadier Jeneral (B), Datuk Husainy Hashim, yang juga saksi kelima pendakwaan bagi kes perbicaraan rasuah membabitkan Norza dan ejennya, Halimi Kamaruzzaman, berkata surat berkenaan diserahkan kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris mendakwa keterangan saksi berkenaan dibuat kerana didorong peguam, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Norza.

Saiful yang menyoal balas Husainy bertanyakan siapa yang menandatangani surat berkenaan kerana sebelum itu beliau memberi keterangan bahawa 'rasa ada surat berkenaan'.

"Datuk Shukri (yang menandatangani surat itu), saya tak ingat nama penuhnya, dia pegawai tinggi SPRM," kata Husainy yang turut lupa tarikh surat itu.

Saiful berkali-kali meminta Husainy mengingati siapa Shukri berkenaan.

Muhammad Shafee kemudian mencelah: "Berapa ramai Shukri dalam SPRM?"

Pengarah Siasatan SPRM ialah Shukri Abdul.

Husainy, 64, berkata mengikut surat berkenaan, SPRM meminta Umno sendiri membuat siasatan dalaman dan SPRM tidak ada kes terhadap Norza.

Ketika soal balas sebelum itu, Muhammad Shafee berkata, Husainy yang juga anggota sekretariat Umno yang meneliti kes politik wang, turut memaklumkan Lembaga Disiplin Umno mendapati Norza tidak bersalah.

Saiful kemudian menyoal balas Husainy: "Datuk, Lembaga Disiplin kata tidak bersalah, tapi tak semestinya orang itu tidak bersalah.

"Datuk sedar ada agensi lain masih boleh lakukan siasatan juga?"

"Saya sedar," kata Husainy.

P/S :-Amacam?Ada harapan lagi ke dengan SPRM ni.Nampak gaya macam tak boleh harap dah.Bukan untukkami la,kami tahu lama dah.Untukorang lain la ni.Suruh berfikir sikit.Jangan jadi pening tak habis2!

No comments: