Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru!!Kena lagi...............

Harga gula naik 20 sen

PUTRAJAYA: Harga runcit gula di pasaran tempatan dinaikkan 20 sen sekilogram berkuat kuasa tengah malam tadi, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd Zain Mohd Dom.

Beliau berkata, harga runcit baru gula di Semenanjung ialah RM1.65 sen sekilogram, manakala di Sabah dan Sarawak RM1.75 sekilogram.

“Kerajaan mengambil langkah itu berdasarkan faktor sosioekonomi dan harga gula mentah di pasaran dunia yang kini mencecah RM2.20 sekilogram berbanding RM1.35 sekilogram ketika kontrak jangka panjang bagi 2009-2011 ditandatangani dengan pembekal gula antarabangsa sebelum ini.

“Langkah itu juga bertujuan mengurangkan subsidi yang terlalu tinggi terpaksa dibayar kerajaan kepada pengilang gula setiap tahun bagi memastikan harga runcit bahan itu sentiasa stabil,” katanya pada sedia media di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Mohd Zain berkata, kenaikan harga runcit gula sebanyak 20 sen sekilogram itu secara relatifnya masih rendah berbanding negara Asean lain termasuk Thailand RM2.50 sekilogram, Singapura (RM3.05 sekilogram), Indonesia (RM3.40 sekilogram) dan Filipina (RM3.62 sekilogram).

Malah, beliau berkata rakyat di negara ini mungkin terpaksa berdepan kenaikan harga gula sebanyak RM1 sekilogram jika kerajaan tidak memberikan subsidi.

Katanya, jika kerajaan mengekalkan harga gula pada paras lama, iaitu RM1.45 sekilogram di Semenanjung dan RM1.55 di Sabah dan Sarawak, jumlah subsidi terpaksa ditanggung adalah se RM1.26 bilion setahun.

Beliau berkata, kajian kementerian juga mendapati kenaikan harga gula juga akan memberi kesan minimum terhadap peningkatan harga barang makanan yang mempunyai kandungan gula seperti susu cair, teh tarik dan minuman dalam tin.

"Misalnya, secawan teh tarik atau kopi yang kita anggarkan mempunyai kandungan gula sebanyak 40 gram akan menerima kesan kenaikan harga sebanyak 0.8 sen.

"Kementerian akan meningkatkan pemantauan bagi memastikan peniaga makanan dan pemilik restoran tidak menaikkan harga makanan sesuka hati," katanya.

Beliau berkata mulai hari ini, kerajaan menarik balik subsidi bagi roti putih dan mengeluarkannya daripada kawalan.

P/S :- Selamat tahun baru!!!Ucapan untuk semua rakyat 1 MALAYSIA.Semoga kita akan terus bersama kerajaan BN sehingga kiamat!!!!Program PERMATA dirancang semasa ekonomi belum pulih.Nak laksana perlu modal yg SANGAT BESAR! Prasekolah kan dah ada?Tapi mungkin org tak nampak kaitan antara ini dengan kenaikan pelbagai barangan pengguna.Mungkin sebab GST kut?Bonus untuk kakitangan kerajaan tak ada.Tapi tetap nak tubuh pasukan F1 1Malaysia!Bukankah itu 1 pembaziran yg sangat nyata?Tak boleh fikir ke?Pemimpin apa macam ni?Inikah yang digelar tradisi membela rakyat?Terus lah menipu!Mudah-muahan BN akan jatuh dalam PRU13 nanti!Kitalah rakyat yang menumpang dan ditekan di negeri sendiri!!!!!!!!!!!!!!

No comments: