Thursday, December 24, 2009

Serba-serbi lembab!

Hanya Peguam Negara boleh keluar kenyataan kes enjin jet

KUALA LUMPUR: Kabinet mengarahkan semua kenyataan berhubung kehilangan dua enjin pesawat tempur Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), F-5E hanya boleh dikeluarkan Pejabat Peguam Negara berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat mingguan Jemaah Menteri di Putrajaya semalam selepas meneliti cadangan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu itu.

Ia dipercayai turut mempunyai kaitan dengan arahan supaya liputan media terhadap kes itu dikurangkan kerana dikhuatiri mengganggu siasatan,
selain mengambil kira implikasinya terhadap negara, terutama dari segi keselamatan.

P/S:- Masalah besar ni,bukan masalah kecik.Tapi baru ni nak ambik tindakan selepas dua tahun hilang.Kenapa slow sangat?Bukan hal besar ke?Cadangan apa lah agaknya yang dikeluarkan oleh Menteri Pertahanan tu?Cuba kita fikir!

No comments: